Saintis Berusaha Membekukan Najis Kerana Berjuta-Juta Mikrob dalam Usus Anda Diambang Kepupusan

Dalam usus manusia terdapat trilion mikrob, termasuk bakteria dan kulat, yang penting untuk kesihatan manusia. Mereka memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kadar metabolisme dan juga imuniti.

Malangnya, mikrob ini sedang menghadapi kepupusan! Ini disebabkan oleh : Perindustrian, urbanisasi, dan perubahan alam sekitar.

microb, mikrob, mikro organisma, berak

Para saintis dan penyelidik mula-mula memerhatikan perkara ini dalam sampel najis orang yang tinggal di Wilayah Somalia Ethiopia – sebuah komuniti penggembala. Oleh kerana mereka tinggal di tempat yang terpencil, komuniti ini tidak bergantung kepada antibiotik moden.

Penyelidik kesihatan awam Abdifatah Muhummed telah mengumpul sampel najis daripada kanak-kanak di dalam komuniti tersebut. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha sedunia untuk mengkatalog dan memelihara kepelbagaian bakteria dalam usus manusia.

Pemerhatian di bawah mikroskop mengejutkan para saintis yang menunjukkan adanya tanda-tanda rintangan antibiotik.



Menurut Abdifatah Muhummed, salah satu sebab perubahan ini mungkin disebabkan ramai penggembala mula membeli makanan seperti nasi dan pasta, sekaligus mengubah persekitaran dalam usus mereka.

Ini mendorong pasukan saintis dari Switzerland untuk mencipta biobank global untuk menyimpan sampel najis di seluruh dunia, menurut laporan Wired. Projek ini telah dinamakan Bilik Kebal Microbiota.

Lebih 350 sampel najis telah dikumpulkan oleh Universiti Jigjiga, Institut Kesihatan Tropika dan Awam Switzerland dan Universiti Basel.

Para saintis berhasrat untuk menggunakan najis beku itu untuk menangani penyakit pada masa hadapan. Pada masa ini, najis itu disimpan dalam makmal di Universiti Zurich.

Sebuah peti besi untuk menyimpan najis daripada beribu-ribu manusia yang sihat sedang dalam perancangan supaya spesis bakteria tidak hilang sepenuhnya! Bakteria ini juga boleh dihidupkan semula dan digunakan untuk merawat penyakit di masa depan.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

2 Comments on “Saintis Berusaha Membekukan Najis Kerana Berjuta-Juta Mikrob dalam Usus Anda Diambang Kepupusan”

    1. betul tu. Tak pernah terfikir akal najis pun boleh simpan dan dikaji untuk sembuhkan penyakit. Tapi semakin moden dunia ini, semakin moden juga cara nak cari ubat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *