Malaysia dah Ada “Polis” Sejak 200 tahun Lalu? — Polis Malaysia Dah Wujud Lama Sebelum Malaysia Merdeka!
Bila sebut PDRM, ramai yang terus fikir pasal saman trafik atau kes jenayah. Tapi ada satu fakta menarik yang ramai rakyat Malaysia tak tahu.
Tahukah anda, pasukan Polis kita ni sebenarnya jauh lebih tua dari umur negara Malaysia itu sendiri. Pasukan Polis dah berusia lebih 200 tahun!
Bermula di Pulau Pinang Pada Tahun 1807
</figure>Gambar Kredit: upm.edu.mySistem kepolisan moden di Malaysia bermula dengan berkuat kuasanya Charter of Justice di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam yang diperkenalkan oleh King George III digubah untuk memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa perundangan.
Dengan pengubahan piagam Charter of Justice, maka bermulalah sejarah pasukan polis negara dengan tertubuhnya pasukan polis di negeri pulau pinang pada 25 Mac 1807.
So kalau dikira dari 1807 hingga 2026, dah 219 tahun sejarah kepolisan Malaysia. Sedangkan Malaysia baru merdeka 69 tahun. Pelik kan?
Kenapa boleh ada polis sebelum Malaysia wujud?
Sebab masa tu, kawasan kita masih di bawah penjajahan British. Pulau Pinang adalah tanah jajahan mereka, dan mereka perlukan sistem untuk menjaga keamanan dan mengawal pelabuhan serta penduduk tempatan.
Dengan bermulanya Charter of Justice, sistem polis terus berkembang di Tanah Melayu. Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat ditubuhkan pada tahun 1871, diikuti oleh Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada Julai 1896. Menjelang awal abad ke-20, hampir semua negeri di Tanah Melayu sudah ada pasukan polis sendiri.
Antara yang tertua di dunia — bukan sekadar dakwaan
Ramai yang tak tahu, PDRM sebenarnya lebih tua dari banyak pasukan polis terkenal di dunia. Tengok perbandingan ni:
| Tahun | Pasukan Polis | Catatan |
|---|---|---|
| 1789 | U.S. Marshals Service | Polis persekutuan tertua Amerika |
| 1798 | Thames River Police (UK) | Antara polis moden pertama di England |
| 1800 | City of Glasgow Police | Polis majlis pertama di UK |
| 1807 | PDRM (Pulau Pinang) | Ditubuhkan melalui Charter of Justice |
| 1820 | Singapore Police Force | Ditubuhkan selepas Singapura moden diasas |
| 1829 | London Metropolitan Police | Model polis moden seluruh dunia |
| 1845 | New York City Police (NYPD) | Polis bandar raya pertama Amerika |
Rujukan:
- U.S. Marshals Service
- Thames River Police (UK)
- City of Glasgow Police
- PDRM (Pulau Pinang)
- Singapore Police Force
- London Metropolitan Police
- New York City Police (NYPD)
Kalau ikur perbandingan di atas, PDRM ditubuhkan 22 tahun lebih awal dari polis London yang selalu disebut sebagai “polis moden pertama dunia.” Dan 38 tahun lebih awal dari NYPD!
Zaman Darurat yang mengubah segalanya
Selepas Tanah Melayu bebas dari pendudukan Jepun pada 1946, semua pasukan polis digabungkan di bawah Polis Malayan Union. Kemudian pada 1 Februari 1948, apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, namanya ditukar kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu.
Semasa Darurat 1948–1960, pasukan polis berjuang menentang ancaman pengganas komunis.
Sebagai pengiktirafan atas pengorbanan tersebut, pada 24 Julai 1958, setahun selepas merdeka, Yang di-Pertuan Agong pertama menganugerahkan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis.
Lahirnya PDRM pada 1963
Apabila Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963, semua pasukan polis digabungkan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.
Nama “PDRM” tu baru berusia 63 tahun, tapi sejarahnya sudah berusia lebih dua abad.
Ringkasan Sejarah PDRM:
- 1807 — Pasukan polis pertama ditubuhkan di Pulau Pinang
- 1871 — Polis Negeri-Negeri Selat ditubuhkan
- 1896 — Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- 1948 — Jadi Polis Persekutuan Tanah Melayu
- 1958 — Dapat gelaran “DiRaja”
- 1963 — PDRM terbentuk secara rasmi
- 2026 — Genap 219 tahun sejarah kepolisan Malaysia
Lain kali ada orang kata London Metropolitan Police tu yang tertua, tunjuk je jadual ni. PDRM dah wujud 22 tahun sebelum tu. 🫡
Harini, 25 Mac 2026, sudah genap 219 tahun kewujudan Pasukan Polis di Malaysia. Kami di ubipanas.com mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menjaga keamanan negara!