Seorang pekerja seks di Thailand dibunuh dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan sebelum disumbat di dalam bagasi bersama bangkai anjing, dan dibuang di dalam sungai Mae Klong pada tahun 2014 lalu.
Laxami Manochat. Gambar: DailyStar
Pelakunya Shane Looker, seorang lelaki Britain berjaya ditahan pada tahun 2017 selepas 4 tahun cuba lari pihak berkuasa, dia berjaya ditahan pada tahun 2017 dan baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun.
Shane Looker. Gambar: DailyStar
Menurut laporan Daily Star, Mangsa telah dibunuh sebelum badannya dikerat kepada beberapa bahagian. Lebih kejam lagi, badan yang telah dikerat disumbat di dalam sebuah bagasi bersama bangai seekor anjing. Beg pakaian itu kemudian diikat dengan batu dan dibuang ke dalam Sungai Mae Klong, Thailand.
Mayat Laxami ditemui di Sungai Mae Klong di bandar Kanchanaburi pada 6 November 2015, selepas seminggu dia dilaporkan hilang di kawasan sungai di Kanchanaburi. Mayatnya ditemui dikerat-kerat di dalam sebuah beg pakaian yang sarat dengan batu.
Siasatan oleh polis Thailand mendedahkan bahawa dia telah bertemu dengan Looker di sebuah bar di Bangkok beberapa hari sebelumnya dan menemaninya ke hotel berdekatan.
Gambar CCTV Looker dan Laxami. Gambar: DailyStar
Rakaman kamera keselamatan merakam pasangan itu memasuki hotel, tetapi hanya Looker kelihatan meninggalkannya dengan membawa beg besar yang berat.Kakitangan hotel kemudiannya menemui cadar katil mereka yang berlumuran darah dan kesan DNA Looker ditemui pada kuku Laxami, menurut polis.
Pada masa yang sama, Looker menyeberangi sempadan Malaysia sebelum berlepas ke Sepanyol. Dia kemudiannya ditahan di Pulau Ibiza, Sepanyol pada tahun 2017. Pasukan peguamnya berusaha memperjuangkan hak ekstradisi, tetapi Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg memutuskan bahawa Locker harus menghadapi keadilan di Thailand.
Dia kembali ke Thailand pada Julai 2021, di mana dia jatuhkan hukuman 8 tahun penjara. Pada asalnya, dia dijatuhkan tempoh 16 tahun, tetapi disebabkan pengakuannya, ia dikurangkan separuh dan dia diarah membayar pampasan kira-kira £2.8 juta (bersamaan RM14.5 juta) kepada keluarga wanita itu.