Guru Agama Dijatuhi Hukuman Mati Selepas Didapati Bersalah Merogol 13 Pelajar

Membantu mereka yang kurang berkemampuan sehingga sanggup menubuhkan sekolah bagi membantu mereka merupakan satu amalan yang baik. Dengan bantuan ini, pelajar berkemungkinan mampu berubah masa depan keluarga mereka.

Namun lain pula yang terjadi di Bandung Indonesia.

Seorang guru agama di Bandung, Indonesia dijatuhkan hukuman mati selepas dia didapati bersalah merogol 13 pelajar di sekolah agama yang diketuai olehnya. Sekurang-kurang 8 dari pelajar berkenaan mengandung hasil dari perbuatan guru agama tersebut.

Lapan dari mangsa guru tersebut adalah bawah umur.

Herry Wirawan Semasa Menghadiri Perbicaraan, Sumber: TheStar

Sekolah tersebut ditubuhkan oleh guru tersebut, Herry Wirawan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Atas jenayahnya, Mahkamah Tinggi Bandung pada April tahun lalu memutuskan hukuman mati ke atas Herry, selepas pendakwa raya sebelum ini memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup yang dipituskan oleh mahkamah rendah.

Herry memfailkan rayuan pada bulan Ogos ke Mahkamah Agung dengan harapan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Bandung. Namun badan kehakiman tertinggi negara itu menolak rayuan tersebut.

Mahkamah Agung juga mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Bandung supaya Herry membayar lebih daripada Rp 300 juta (RM84,000) sebagai ganti rugi kepada mangsa. Asetnya juga akan disita dan dilelong. Hasil dari jualan tersebut akan digunakan untuk menyediakan sokongan kewangan untuk mangsanya dan anak-anak mereka.

Penderaan Herry terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Herry kepada polis pada akhir tahun 2021. Hasil dari laporan polis tersebut mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Indonesia.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *