Jalan-Jalan Cari Makan Di Restoran My Viets Seksyen 14 Shah Alam

, , Leave a comment

Harini ini jalan-jalan cari makan di Restoran Restoran My Viets, Seksyen 14 Shah Alam. Restoran My Viets ni adalah salah satu tempat makan yang sedap di Shah Alam korang kena cuba. Restoran ni adalah Restoran Makanan Vietnam.

my viets, vietnam food, makanan sedap, shah alam

Waktu beroperasi adalah dari 11.30 AM – 10.00 PM setiap hari. Tapi korang kena order sebelum pukul 9.30PM sebab last call adalah pada pukul 9.30PM.

Kitorang datang dalam lebih kurang pukul 9.00PM, masa ni memang tempat tu dah tak berapa sibuk. Dah tak ramai pelanggan.

Keadaan dalam kedai My Viets Shah Alam ni agak kecil sedikit, namun tak la sempit sangat. Nampak agak selesa dan kedudukan juga teratur.

Servis juga agak pantas, sekejap je order, makanan dah sampai. So kalau tengah kelaparan, tak perlu la tunggu lama sangat untuk makanan sampai.

Namun mungkin juga disebabkan masa ni bukan masa puncak, so semuanya agak pantas.

Beberapa menu yang ada untuk Rstoran My Viets ni.

Menu semua nampak sedap. Agak rambang mata juga pada mulanya untuk pilih nak makan apa. Biasalah kan, bila tengok menu terus dah tak tahu nak makan apa.

Kalau la perut ni besar lagi, boleh muatkan 2-3 menu kan bagus juga!

Dan menu di bawah ini adalah menu yang kitorang pilih. Nama menu ni adalah Pho, Beef Noodle soup.

Dia adalah mee sup dan ditambah dengan hirisan daging. Sebenarnya, boleh pilih sehingga 4 jenis “topping” daging tu, dan harganya pun berbeza.

Rasa memang uumph! Memang sedap!

Kitorang juga order salmon fish case. First time dengar Salmon fish cake. Selama ini dengar fish cake je. Kalini dijamu pula dengan Salmon fish cake.

Tapi rasa Salmon fish cake ini sedap, boleh tahan. Rasa bukan seperti rasa fish cake yang selalu korang beli dekat giant tu. Rasa lebih sedap dan ada rasa ikan.

Ini lah menu Pho Beef noddle soup. Harga kesemua ini rasanya dalam lebih kurang RM70+. Harga Boleh tahan dan makanan pun sedap.

Beginilah rupa Salmon fish cake. Rasa memang ada ketulan daging ikan. Rasa pun sedap.

Makanan di Restoran My Viets ni memang tak mengecewakan. Lain kali boleh datang lagi dan cuba menu yang lain pula.

kalau korang nak cuba, boleh lah datang mengunjungi tempat ini.

My Viets Shah Alam

B-LG-3 Vista Alam,
Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor

Telephone: +603 5523 8444
Business Hour: 11.30 AM – 10.00 PM (Daily)

Oh mereka juga ada website di sini. Menurut website ini, mereka ada lagi beberapa cawangan di Bandar Baru Bangi, Kelana Jaya dan Putrajaya.

 

 

 

Leave a Reply