Kerana Aksi Sergah Lori, Lelaki Maut Digilis Lori

Kerana terikut dengan trend sergah lori, seorang lelaki di jakarta Maut. Lelaki itu cuba menyergah lori, namun dia yang disergah dan digilis lori sehingga mati.

Trend terbaru tersebut diibaratkan menempah maut apabila sebilangan remaja dengan berani melompat di hadapan lori yang sedang begerak ibarat menyergah lori tersebut, kemudian lari.

lori, sergah lori

Menurut Coconuts Jakarta, beberapa rakaman video menjadi tular memaparkan remaja melakukan trend berbahaya itu. Namun, ada yang tidak bernasib baik dan dilanggar lori yang ‘disergah’. Baru-baru ini, trend tersebut telah menyebabkan 1 kematian.

Menurut pihak polis, penduduk setempat telah cuba menasihati remaja untuk tidak membahayakan nyawa dengan aksi sedemikian, namun nasihat mereka tidak dihiraukan.

Sumber: Coconuts Jakarta

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *