Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak berusia 37 tahun itu menyertai Al-Nassr bulan lalu. Cristiano berpindah ke kelab di Arab Saudi selepas kontraknya dengan Manchester United ditamatkan.
Cristiano juga membawa bersama keluarganya untuk tinggal bersama iaitu kekasihnya, Georgina Rodriguez bersama dua lagi anaknya mereka. Cristiano mempunyai tiga lagi anak lain iaitu – Cristiano Jr. dan Eva dan Mateo – yang merupakan kembar.
Undang-undang negara Arab Saudi itu tidak membenarkan pasangan yang belum berkahwin untuk tinggal bersama. Namun apa yang menarik adalah Cristiano Ronaldo dan pasangannya iaitu Georgina Rodriguez belum berkahwin.
Menurut laporan dailymail, Arab Saudi tidak akan mengenakan tindakan dan “menutup mata” atas isu tersebut. Ini dipercayai disebabkan oleh populariti Cristiano Ronaldo yang merupakan seorang pemain bola sepak berprofil tinggi.
Menurut agensi berita Sepanyol, kebarangkalian untuk Ronaldo didenda sangat rendah. Agensi itu juga memetik dua peguam Arab Saudi, yang meramalkan pihak berkuasa tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap bekas bintang Real Madrid, Juventus dan Manchester United itu.
Undang-undang masih melarang untuk tinggal bersama tanpa akad nikah, namun pihak berkuasa telah mula menutup mata dan tidak mengenakan denda terhadap sesiapa. Sudah tentu undang-undang ini digunakan apabila ada masalah atau jenayah.
Pihak berkuasa Arab Saudi, hari ini, tidak campur tangan dalam perkara ini terutama sekali dalam kes warga asing, namun undang-undang tetap melarang pasangan untuk tinggal bersama sebelum berkahwin, kata peguam tersebut.
Nampaknya Cristiano Ronaldo akan melanggar undang-undang Arab Saudi dengan tinggal bersama kekasihnya, Georgina Rodriguez.
Sumber: DailyMailÂ