Anwar Ibrahim:Penantian Beberapa Dekad Untuk Menjadi Perdana Menteri Menjadi kenyataan

Ia mengambil masa selama lima hari selepas pilihan raya umum ke 15 untuk menyelesaikan isu siapa yang akan menjadi pemimpin Malaysia.

Namun bagi Anwar Ibrahim, angkat sumpahnya pada Khamis (24 Nov) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 menamatkan sebuah penantian yang lebih lama.

Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hasil daripada perjalanan politik selama beberapa dekad yang menyaksikannya hampir dipilih untuk jawatan itu – bukan sekali, tetapi dua kali.

Gambar: businesstoday.com.my

PERJALANAN POLITIK AWAL DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Pulau Pinang, Anwar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

Sebagai pemimpin belia Islam, beliau telah ditangkap pada tahun 1974 semasa protes pelajar menyokong petani luar bandar dan telah dipenjarakan selama 20 bulan.

Pada tahun 1982 beliau menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mahathir Mohamad, sebuah parti komponen utama dalam pakatan Barisan Nasional.

Pada 1983, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum mengetuai Kementerian Pertanian pada tahun1984 dan seterusnya Kementerian Pelajaran pada tahun 1986.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga tahun 1998, pada masa yang sama memegang jawatan timbalan perdana menteri dari 1993. Pada masa inilah beliau berselisih dengan Datuk Seri Mahathir mengenai cara menangani krisis kewangan Asia pada tahun 1997.



ANWAR IBRAHIM DIPECAT DAN DIPENJARAKAN

Anwar Ibrahim yang dilihat akan menjadi pengganti Datuk Seri Mahathir, dipecat pada tahun 1998. Dia didakwa atas tuduhan meliwat. Bagaimanapun Anwar mengatakan tindakan itu bertujuan untuk menamatkan kerjaya politik beliau.

Anwar Ibrahim mengetuai puluhan ribu orang dalam satu perarakan protes di Kuala Lumpur pada 20 Sep 1998, tetapi ditahan beberapa jam kemudian di rumahnya.

Seminggu kemudian, Anwar muncul dalam perbicaraan kes liwatnya dengan mata hitam, yang kemudiannya menjadi lambang parti politik yang dimulakannya. Ketua polis pada masa itu mengaku telah menyerang Anwar di penjara.

Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana rasuah pada 1999, dengan tambahan sembilan tahun bagi kesalahan liwat pada 2000. Dua hukuman itu berjalan berturut-turut.

Gambar: bbc.com

“Orang ini tidak boleh dibenarkan menjadi pemimpin Malaysia,” kata Mahathir mengenai Anwar pada sidang media pada 1998.

Anwar dibebaskan pada 2004, hanya untuk dipenjarakan sekali lagi kerana kes liwat pada 2015, dua tahun selepas memimpin pembangkang mencapai prestasi terbaik pilihan raya, memenangi undi popular buat kali pertama walaupun tidak memperoleh majoriti parlimen.

Beliau kekal aktif sebagai ketua pembangkang semasa di dalam penjara.

KEBANGKITAN POLITIK ANWAR IBRAHIM

Anwar dan Mahathir mengetepikan perbezaan mereka pada tahun 2018, bersetuju untuk bekerjasama untuk menggulingkan parti pemerintah Barisan Nasional di tengah-tengah tuduhan rasuah yang meluas di kalangan pemimpinnya.

Selepas kemenangan mereka, Mahathir meminta pengampunan diraja untuk Anwar dan berjanji untuk menyerahkan kuasa kepadanya dalam masa dua tahun. Bagaimanapun, pakatan itu tumbang selepas 22 bulan, meninggalkan Anwar dalam kehampaan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pada pilihan raya umum 2022, gabungan Pakatan Harapan (Perikatan Harapan) Anwar memenangi bilangan kerusi terbanyak, tetapi gagal mencapai majoriti yang diperlukan.

Sebelum pilihan raya, beliau telah berdepan dengan desakan untuk berundur kerana ada yang percaya beliau telah bertahan terlalu lama.

Dalam temu bual dengan Reuters baru-baru ini, Anwar berkata beliau tahu hadnya, apabila ditanya sama ada pilihan raya ini adalah yang terakhir.

“Sama ada saya dianggap relevan atau tidak dalam beberapa tahun akan datang, itu hak rakyat untuk menentukan,” katanya.

Pada 24 Nov, pelantikan Anwar telah disahkan oleh istana dan beberapa jam kemudian, beliau mengangkat sumpah jawatannya, memenuhi hasrat berdekad lamanya untuk menjadi perdana Menteri Malaysia.

Sumber: channelnewsasia.com

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

2 Comments on “Anwar Ibrahim:Penantian Beberapa Dekad Untuk Menjadi Perdana Menteri Menjadi kenyataan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *