Apa yang korang akan lakukan sekiranya menerima gaji yang lebih daripada biasa? Sebagai contoh, 10 kali dari gaji yang biasa korang dapat?
Ada sahaja masalah dengan institusi kewangan di seluruh dunia.
Terbaru, seorang lelaki di Chile menghilangkan diri apabila dia secara tidak sengaja dibayar 286 kali dari gaji bulanan beliau dan menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Masalah perbankan tersebut berlaku pada bulan Mei lepas yang meyaksikan dia menerima “gaji yang lumayan” dan menjadi orang kaya baru kerana kesilapan tersebut.
Menurut laman berita LADbible, lelaki itu bekerja di Consorcio Industrial de Alimentos (Cial), sebuah syarikat yang merupakan salah satu pengeluar terbesar daging sejuk beku di Chile.
Apabila bahagian sumber manusia syarikat berkenaan menyedari kesilapan mereka, syarikat cuba menghubungi pekerja mereka untuk membincangkan kesilapan pembayaran tersebut.
Lelaki berkenaan dilaporkan bersetuju untuk memulangkan balik wang tersebut.
Namun lelaki berkenaan tidak datang untuk bekerja malah menghilangkan diri bersama wang tersebut.
Majikannya juga tidak dapat menghubunginya, walaupun telah mencuba beberapa kali untuk menghubungi dan menghantar mesej kepada lelaki itu.
Pada 2 Jun, orang kaya baru tersebut meletakkan jawatan melalui peguamnya.
Menurut Take-Profit.org, gaji minimum Chile hanyalah pada $US 434 (RM1886) sebulan dan gaji bulanan lelaki itu hanyalah $US 545 (RM2372) sebulan.
Syarikat Consorcio Industrial de Alimentos (Cial) dilaporkan sedang cuba untuk mendapatkan balik wang tersebut dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas perkerja mereka.
Kesian lelaki tersebut kerana diberi harapan palsu.
Sumber: Ladbible