Tular PM Sabri Ismail Kata Penjual Goreng Pisang Tak Boleh Pakai Minyak Paket

Di sebalik keadaan ekonomi yang tidak menentu, rakyat berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan terutamanya di kalangan B40. Sudah tentu dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akan sedikit sebanyak memberi bebanan kewangan di kalangan rakyat.

Minyak masak paket
Gambar Kredit: utusan.com.my
Namun lain pula pandangan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato’ Sri Sabri Ismail bin Yaakob. Menurut video yang tular di media sosial TikTok, Perdana menteri menyatakan bahawa penjual goreng pisang tidak boleh menggunakan minyak masak paket, ianya satu kesalahan.



@jason.yew Penjaja goreng pisang tak boleh guna minyak masak paket, itu SALAH #ismailsabri #umno #kerajaangagal #hargabarangnaik #hargaminyak #subsidi #foryou ♬ original sound – JASON Update

Makcik-makcik yang jual goreng pisang, mereka tidak boleh menggunakan minyak masak untuk kegunaan jual goreng pisang, itu salah. Sebab minyak masak paket ini tidak boleh untuk komersial, jadi salah.

Video yang dimuat naik seorang pengguna @jason.yew telah mendapat lebih 2 juta tontonan, selain mengundang 15 ribu komen. Rata-rata komen tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri tersebut.

 

Dari komen-komen netizen, ada juga yang menyebut penjual goreng pisang ni pendapatan sebulan tidak la besar sehingga mampu menggunakan minyak masak yang mahal.

Daripada apa yang team ubipanas tahu, tidak ada kenyataan atau peraturan yang menyatakan bahawa minyak masak paket tersebut tidak boleh digunakan untuk komersial, ataukah kami terlepas pandang?

Ada juga yang mengadu bahawa minyak masak bersubsidi diseludup masuk dan dijual di Thailand itu boleh, tetapi penjual pisang goreng di negara sendiri tidak boleh menggunakan minyak masak paket.

Dengan keadaan yang tidak menentu kini, kita berharap bahawa kerajaan yang diundi dapat mencari jalan untuk meringankan beban rakyat dan menguntungkan semua pihak.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *