Lelaki Menceraikan Isteri Kerana Menghidangkan Mee Maggi Tiga Kali Sehari

“Sehingga maut memisahkan kita”. Begitulah ungkapan yang selalu dilafazkan untuk menyatakan kesetiaan terhadap pasangan masing-masing.

Namun, lain pula yang terjadi di India.

Seorang lelaki di bandar Ballari, India meminta cerai kerana isterinya hanya menyediakan Mee Maggi untuk makanannya setiap hari.

mee maggi, maggi kari, sedap
Gambar Hiasan: HappyFresh

ML Raghunath – hakim yang mengetuai kes itu – berkata si suami mengadu bahawa isterinya tidak tahu cara menyediakan makanan selain mee segera. Si isteri menghidangkan Mee Maggi kepadanya untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Selain itu, setiap kali dia keluar untuk untuk membeli barangan runcit, satu-satunya makanan yang dia akan beli ialah lebih banyak Mee Maggi.

Insiden itu digelar “kes Maggi”, dan menyaksikan pasangan itu akhirnya bersetuju untuk bercerai.

Sumber: The New Indian Express

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *