Tahun 2024 Bella Astillah Naik Mahkamah Kerana Lelaki Yang Tidak Menghargainya, Tahun 2025 Bella Astillah Naik Ke Mahkamah Untuk Lelaki Yang Menghargainya

Umum tahu bahawa pelakon dan penyanyi cantik Bella Astillah pernah turun naik mahkamah bagi urusan perceraiannya dengan bekas suami, Aliff Aziz pada tahun 2019 dan 2024.

Lain pula pada tahun ini, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila muncul di Mahkamah Rayuan, namun kali ini untuk urusan berbeza.  Kali ini Bella muncul di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang mengemukakan rayuannya bagi sabitan kesalahan pecah amanah.

Sebelum ini, Syed Saddiq didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun, 2 kali sebatan dan RM10 Juta denda bagi semua kesalahan.

Syed Saddiq memfailkan rayuan ke mahkamah rayun untuk mengenepikan sabitan tersebut.

Bella Astillah dilihat menghadirkan diri dua hari berturut-turut bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar itu. Manis berpakaian baju kurung di hari pertama dan barpakaian warna putih d hari kedua.




Namun difahamkan Bella hanya singgah sebentar di hari kedua kerana terpaksa menghadiri event di tempat lain.

Prosiding rayuan hari kedua itu ditangguhkan selepas kedua-dua pendakwaraya mengadu tidak sihat dan sakit tekak.

Mahkamah memutuskan untuk menangguhkan prosiding dan akan bersambung semula pada 17 April 2025.

 

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *