Pelakon Terkenal Korea Selatan, Jang Nara Umumkan Akan Berkahwin

Akhirnya! Jang Na-ra mengumumkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Pengumuman tersebut dibuat dalam laman web rasminya narajjang.com.

Penyanyi dan pelakon yang pernah terkenal dengan lagu Sweet Dream memaklumkan bahawa teman lelakinya yang berusia 6 tahun lebih muda bukan dari kalangan selebriti.

Jang Nara trending di Twitter selepas pengumumannya itu. Jang Nara yang kini berumur 41 tahun mengakui sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan dari kalangan selebriti.

jang nara, jang nara getting married, jang nara husband
Gambar: Instagram Jang Nara

Berikut adalah apa yang ditulis oleh Jang nara dalam pengumumannya;

Selepas dua tahun bercinta dengan rakan enam tahun lebih muda dari saya dan bekerja dalam produksi video, kami telah berjanji untuk menjadi teman seumur hidup! Saya jatuh cinta dengan senyumannya, hatinya yang baik, dan keikhlasan dan tingkah lakunya dalam kerja. Hakikat bahawa saya akan menghabiskan hidup saya bersama-sama dengan orang sebegini membuatkan saya sangat gembira s saya ingin jujur berkongsi kegembiraan saya dengan anda semua, yang sangat berharga bagi saya!

jang nara, jang nara wedding, jang nara in wedding dress
Gambar: Instagram Jang Nara

Tambahnya lagi;

Saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih terperinci tentang tunang saya, kerana bimbang dia—yang bukan selebriti—mungkin menghadapi ketidakselesaan di tempat kerja kerana saya.

jang nara, jang nara wedding
Gambar: Instagram Jang Nara

Apa pun kami di ubipanas.com berharap semua berjalan dengan lancar untuk Jang Nara!

 

Lagi Berita Panas;

Johnny Depp Menang Saman Ke Atas Bekas Isteri, Amber Heard

Ayie Floor88 Dan Isteri Buka Akaun Instagram Bakal Cahaya Mata Perempuan

Pelakon Malaysia Yumi Wong Didenda RM1,000 Kerana Makan Durian Dalam Bilik Hotel

Pelakon Terkenal Korea Selatan, Jang Nara Umumkan Akan Berkahwin

Pakai Seksi Tak Semestinya Jahat Tapi Sophia Albarakbah Cuma Nak Jadi Diri Sendiri

John Mayer Suka Berbogel Sambil Main Gitar Lepas Hubungan Seks? 

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *