Kehadiran penyanyi dan pelakon Bella Astillah di mahkamah hari ini mencuri perhatian apabila dia datang memberikan sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar hadir di Mahkamah Rayuan harini untuk rayuannya terhadap sabitan dan hukuman berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Menerusi video tular di TikTok, Bella yang berbaju kurung dilihat berada di perkarangan mahkamah sambil ditemani beberapa orang individu termasuk adiknya, Didie Astillah.
Bella tiba di Istana Kehakiman sekitar 8.50 pagi, kira-kira lima minit selepas Syed Saddiq.
Kelihatan manis dengan berbaju kurung, netizan rata-rata terharu dengan sokongan Bella terhadap Sted Saddiq.
Mahkamah Tinggi, pada 9 November 2023, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada bekas menteri belia dan sukan itu, dua sebatan dan denda RM10 juta susulan sabitan atas kesalahan penyelewengan dana milik Armada.
Pada 9 November tahun lalu, Syed Saddiq, 33, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Bagaimanapun tiada keputusan dibuat pada hari ini.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.
“Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari.
“Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Hakim Ahmad Zaidi.
Sumber: sinarharian