Malaysia digemparkan dengan kenyataan dari perdana Menteri, Datu Seri Anwar Ibrahim bahawa gaji Ahli Parlimen di Malaysia boleh mencecah RM30k-RM40K sebulan termasuk gaji elaun.
Tak sangka juga gaji ahli parlimen boleh sampai banyak tu. Patutlah, sanggup ahli politik berebut kuasa.
Tapi berapa sebenarnya gaji seorang ahli parlimen?
Jom kita selongkar sama-sama.
Menurut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang ahli Parlimen bagi Dewan Rakyat menerima elaun bulanan sebanyak enam belas ribu ringgit (RM16,000).
Selain dari itu, Ahli Parlimen juga boleh membuat tuntutan pelbagai elaun dan subsidi lain untuk tujuan tertentu.
Berikut adalah gaji dan senarai elaun yang layak diterima oleh seorang Ahli Parlimen:
Gaji: RM16,000 sebulan
Kehadiran mesyuarat Parlimen: RM400 sehari
Kehadiran mesyuarat agensi kerajaan atau bengkel: RM300 sehari
Elaun keraian: RM2,500 sebulan
Bayaran istimewa untuk MP bukan dalam pentadbiran: RM1,500 sebulan
Elaun perjalanan tetap: RM1,500 sebulan
Elaun bahan api: RM1,500 sebulan
Elaun tol: RM300 sebulan
Elaun pemandu: RM1,500 sebulan
Pembelian telefon bimbit: Hingga RM2,000 setiap dua tahun
Elaun bil telefon: RM900 sebulan
Pembelian komputer: Hingga RM6,000
Bantuan bayaran pakaian black tie : RM1,000 setiap tiga tahun
Elaun pakaian rasmi istiadat: Hingga RM1,500
Elaun pakaian sejuk
Lesen kenderaan percuma
Lawatan rasmi – Penerbangan kelas eksekutif
Lawatan rasmi – Penerbangan kereta api kelas pertama
Tugasan domestik melebihi 32 kilometer dari rumah: Elaun hotel sehingga RM400 untuk 1 malam.
Bayaran harian semasa perjalanan perniagaan: Dalam negara – RM100 semalam/ Antarabangsa – RM170 untuk 1 malam.
Elaun makanan semasa di luar negara: RM340 untuk 1 malam.
Ahli Parlimen juga layak mendapat pencen selepas menamatkan 36 bulan perkhidmatan yang boleh diambil kira dan mencapai usia 50 tahun.
Jika dicongak Gaji basic termasuk elaun, sekurang-kurangnya Ahli Parlimen boleh menerima lebih dari RM30k sebulan.
Rujukan: Metro