Isteri Minta Cerai Sebab Suami Suka Beli Seluar Dalam Secara Borong

Bukan mudah untuk melayari sebuah perhubungan, apatah lagi kalau hubungan itu masih baru. Ianya memerlukan masa bertahun untuk mengenali hati budi seseorang. Kadang-kadang, walaupun dah bertahun kenal, masih ada perangai yang tidak pernah diketahui mengenai pasangan masing-masing.

Pelik tapi benar, itulah yang terjadi pada seorang lelaki yang mengakui bahawa dia pernah hampir kehilangan kekasih, yang kini adalah isterinya disebabkan oleh tabiatnya yang pelik. Ia disebabkan oleh tabiatnya yang suka membeli seluar dalam secara borong.

ibu bapa dan anak kecil
Gambar: Mirror.co.uk

Lelaki tersebut mengakui mempunyai tabiat itu yang membolehkan dia berjimat dalam jangka masa panjang.  Namun lain pula yang terjadi apabila kekasihnya pada masa itu mengetahui tabiatnya itu.

Si suami menjelaskan bagaimana dia menambah berpuluh-puluh pasang seluar dalam yang sama, dalam saiz dan warna yang sama ke dalam bakul beli-belahnya pada satu-satu masa. Dia berkata ia menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Dia juga tidak perlu risau kerana dia tidak perlu mengasingkan seluar dalam itu untuk mencuci warna yang berbeza.

“Bagaimanapun, selepas beberapa minggu kekasih saya mula perasan sesuatu. Dia mengandaikan saya memakai seluar dalam yang sama setiap hari dan menganggap itu sesuatu yang menjelikkan. Dia meminta berpisah disebabkan oleh kejadian itu.”

Bagaimanapun, lelaki tersebut menjelaskan bahawa kekasihnya itu tidak meneruskan niatnya untuk berpisah. Mereka telah bersama selama 12 tahun, berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *