Selepas 3 bulan tidak bertemu dengan anak-anak, akhirnya Hafidz Roshdi dapat melepaskan rindu pada anak-anak. Ditemani oleh beberapa orang ahli keluarga, Hafidz Roshdi bertemu anak-anak di rumah isterinya di Kangar, Perlis.
Anak-anaknya iaitu Umar dan Humairah kelihatan teruja dengan kehadiran bapa mereka. Walau bagaimanapun, Isteri Hafidz Iaitu Nurul Shuhada tidak kelihatan.
Hafidz juga dilihat membawa pelbagai hadiah untuk anak-anaknya. Dia juga mengucapkan rasa syukur dapat berjumpa dengan anak-anaknya selepas 3 bulan.
“Bayangkan bagaimana rindu seorang ayah pada anaknya macam mana” kata Hafidz lagi.
Perkara itu dikongsikan oleh Hafidz melalui satu hantaran di Akaun Instagram miliknya.
Pada jumaat lepas, Hafidz disahkan waras dan dia disahkan layak untuk dibicarakan dalam kes tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada.
Untuk rekod, Hafidz ditahan pada 5 Mac lalu ketika hadir di Pejabat Bahagian Siasatan jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak IPK selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.
Sumber: mStar