Satu kebakaran besar berlaku di Taman Puchong Perdana, Selangor sekitar 8 pagi selasa. kebakaran itu dipercayai berpunca dari paip gas yg bocor.

Kebakaran tersebut menyebabkan api menjulang tinggi ke udara.
Menurut perkongsian pengguna di sosial media X (twitter) @KhairulAqmal, api menjulang tinggi dan api yang terhasil kelihatan seperti mushroom.
Ada orang share di whatsapp.
Saat saat awal mushroom explosion di Putra Heights pagi tadi. pic.twitter.com/TdKm2U3QkO
— Khairul Aqmal 🍉 (@KhairulAqmal) April 1, 2025
Dalam masa sama, pasukan keselamatan itu juga menjalankan kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sebagai langkah berjaga-jaga.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi, sebelum
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM ) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi, dan jentera pertama dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada jam 8.22 pagi.
Seramai 41 anggota bomba, dari beberapa balai bomba lain dikerahkan ke lokasi kejadian termasuk dari balai bomba Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara, dan Damansara.
Mereka dilengkapi jentera bomba bersama kenderaan tindak balas perubatan kecemasan (EMRS), lori tangki air, dan unit bahan berbahaya (HAZMAT).
Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi masih dijalankan.