Tular di media sosial mengenai khabar angin bahawa selebriti sensasi Neelofa sedang hamil anak kedua.
Ia berikutan video Neelofa bersama suaminya Haris Ismail yang tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan Neelofa bersama suaminya sedang menjalani penggambaran. Penggambaran tersebut dipercayai bagi mempromosikan produk mereka.
@seorangnur Kita letak yang maneh2 ada 2 orang ni je ðŸ¤ðŸ˜œ #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Dil Kya Kare – Jatin-Lalit & Udit Narayan & Alka Yagnik
Pantas netizen membuat kesimpulan bahawa Neelofa mungkin sedang mengandung anak kedua. Ini disebabkan cara berpakaian Neelofa dan aksi beliau semasa penggambaran tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, Neelofa yang mengenakan gaun labuh yang diikat di bahagian belakang dilihat sukar untuk duduk ketika cuba memberikan minuman kepada Haris.
Ramai juga yang mengatakan bahawa badan Neelofa yang kelihatan berisi. Disebabkan itu ramai yang percaya dia sedang hamil anak kedua.
“Nampaknya Muhammad Bilal dah nak dapat adik. Tahniah Neelofa!,” komen netizen.
Dakwaan itu diperkuatkan dengan ketibaan Neelofa menggunakan kerusi roda di lapangan terbang antarabangsa Brunei bersama suaminya baru-baru ini.
Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa dan Haris belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan berkenaan.
Neelofa dan Haris berkahwin pada Mac 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia 11 bulan.