Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah bersama isterinya Tasha Awie mendedahkan jantina bayi pertama mereka pada malam Jumaat lepas. Menerusi perkongsian video dan foto di Instagram Ayie, pasangan itu mendedahkan bakal menyambut kelahiran bayi perempuan.
Gambar: Ayie Elham Instagram
Penyanyi berusia 24 tahun itu bersama isterinya mendedahkan jantina bayi pertama mereka dengan meletup belon hitam dan disertakan dengan serbuk berwarna merah jambu.
Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut. Ayie turut memuat naik video sambutan majlis tersebut melalui saluran Youtube Ayie.
Gambar: Ayie Elham Instagram
Ayie dan isteri mendedahkan bahawa mereka juga sudah membuka akaun rasmi untuk bakal puteri sulung mereka menggunakan nama Aetajunior. Pemeriksaan pasukan Ubipanas mendapati semasa berita ini ditulis, akaun tersebut masih lagi dalam mode private.
Menerusi laporan mStar, Ayie memberitahu bahawa isterinya sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi mereka pada bulan mac namun masih samar-samar.
Ayie yang mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau nama penuh, Nur Natasha Awi pada Oktober tahun lalu dijangka akan menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan ogos atau september tahun ini.