Pengemis Terkaya Di Indonesia Punya Simpanan Ratusan Juta Rupiah

Pengemis biasanya dikaitkan dengan kemiskinan dan kekurangan wang, namun lain pula kisahnya untuk seorang pengemis di Indonesia.

pengemis kaya, lutfi haryono
Lutfi Haryono. Gambar: Tribunews

Pengemis berkenaan bernama Lutfi Haryono berusia 47 tahun yang menetap di bandar Gorontolo. Menurut laporan Tribunnews, pengemis dari bandar Gorontalo itu, Lutfi memiliki simpanan 490 Juta Rupiah (Bersamaan dengan RM149,000)

Kisah tersebut menjadi tular dan menjadi bualan netizen selepas gambar bank akaunnya tersebar di laman sosial. Berikutan itu, dia dipanggil polis untuk memberi keterangan.

pengemis kaya, lutfi haryono, bank akaun pengemis kaya lutfi haryono

Gambar Buku Akaun Lutfi Haryono. Gambar: Tribunews

Daripada keterangan Lutfi, dia mengaku dua buku akaun tersebut adalah miliknya. Dia mengaku sudah mengemis lebih 13 tahun selepas dia berpisah dengan isterinya. Menurutnya lagi,  wang itu bukan sepenuhnya hasil daripada mengemis kerana pernah bekerja di sebuah kedai makan.

Lutfi juga memberitahu dia berhasrat untuk berhenti mengemis dan memulakan perniagaan dengan membuka warung serta benjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Sumber: Trinbunews

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *