Berikutan tersebar kisah Ahli Parlimen Muar, Syed Syadiq yang semakin rapat dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, Ibu kepada Ahli Perlimen itu memuji pelakon dan penyanyi, Bella Astilah seorang yang baik.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, ibu Syed Saddiq mendedahkan dia pernah berjumpa dengan Bella dan sempat berbual selama 15 minit.
Sharifah menyifatkan Bella seorang yang baik, lemah lembut dan mempunyai rupa paras namun belum mengenali dengan lebih mendalam.
“Bella seorang yang baik, ada rupa paras dan seorang yang lembut. Saya pernah terserempak dengan dia masa tu nak hantar kereta ke rumah Saddiq, dapat borak sekejap saja dan belum mengenalinya dengan lebih dalam”
“Mereka memang nampak rapat tapi seperti apa yang dikatakan hidup ini seperti satu lakonan. Biarlah Allah menentukan segalanya, kita doa yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Sharifah turut menyifatkan hubungan anaknya bersama Bella seperti ‘Romeo dan Juliet’ selepas melihat video memaparkan Saddiq yang berenang di laut memakai baju Melayu menuju ke arah Bella yang sedang menunggunya.
“Kalau tengok daripada sikap dia sanggup berenang di lautan memakai baju Melayu menuju ke Bella. Kalau tengok daripada sikap dia sanggup berenang dari satu penjuru ke penjuru lain, sanggup naik gunung…dengan mak dia pun tak pernah buat macam tu. Macam Romeo dan Juliet,” katanya.
Terdahulu, abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah merestui hubungan ahli politik itu dengan Bella serta memberi sokongan penuh dalam hubungan mereka.
Sumber: Xtra