Model cantik jelita Hong Kong Abby Choi dilaporkan dibunuh dengan kejam. Motif pembunuhan dilaporkan adalah disebabkan oleh pertikaian membabitkan kewangan dengan keluarga bekas suami, Alex Kwong.
Seperti kes pembunuhan kejam di Thailand, badan model cantik Hong Kong itu juga dikerat kepada beberapa bahagian.
Menurut laporan South China Morning Post, sebahagian bahagian badan model itu ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan. Bahagian kepala dan tangan masih belum ditemui. Polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan bahagian badan yang masih hilang.
Polis menyifatkan pembunuhan itu sebagai pembunuhan terancang namun ianya terbongkar apabila bahagian mayat Abby Choi ditemui di sebuah rumah kampung.
Pembunuhan kejam itu dipercayai dirancang oleh bekas bapa mertua Abby Choi. Menurut laporan South China Morning Post, pembunuhan kejam itu dikatakan berpunca daripada pertikaian membabitkan pengendalian sebuah kediaman mewah yang berharga jutaan dollar Hong Kong diantara model itu dan juga bekas suaminya dan keluarga.
Bekas suaminya, Alex Kwong juga telah ditahan bersama bapa, ibu dan abangnya untuk siasatan dan dijangka akan menghadapi tuduhan membunuh.