Bakal Buka Gedung Pertama Di Malaysia, Apple Store Cari Pekerja Tempatan

Gambar: flickr.com/m01229

Berita ini mungkin  yang ditunggu-tunggu oleh pengguna tegar Apple.

Syarikat gergasi Apple Inc bakal membuka gedung Apple Store pertama di Malaysia menurut laporan Bloomberg.

Belum dapat dipastikan bila Apple Store itu akan dibuka, namun menurut khabar angin, terdapat laporan mengatakan bahawa Tun Razak Exchange (TRX) sedang dalam perbincangan dengan Apple Inc untuk membuka gedung pertama di kawasan itu.

Dalam pada itu, Apple Inc yang juga pengeluar iPhone sedang merekrut pekerja tempatan untun gedung pertama mereka di Malaysia.

Syarikat terbesar di dunia yang mempunyai nilai AS$2.6 trilion itu mula memuat naik status pencarian pekerja baharu di Malaysia di laman sesawangnya jobs.apple.com

Gambar tangkap layar menunjukkan beberapa peluang pekerjaan yang ditawarkan.

kerja kosong di apple malaysia, kerja kosong dengan apple malaysia
Gambar: jobs.apple.com

Menurut laporan terdapat 11 peluang pekerjaan yang ditawakan termasuk jawatan Pengurus, Pengurus Kanan, Ketua Stor, Pakar Operasi, Pro Perniagaan, Pakar Perniagaan, Genius, Kreatif dan Pengkhususan.

Untuk rekod, Apple sudah lama mengendalikan kedai dalam talian untuk Pengguna di Malaysia.

Apple mempunyai lebih dari 500 gedung di seluruh dunia. Majoriti gedung mereka terletak di Amerika Syarikat. Gedung terdekat dengan Malaysia adalah di bangkok, Thailand dan juga Singapura.

Kepada yang berminat untuk memohon, bolehlah memohon di laman web Apple ini.

Sumber: buletinTV3

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *