Mungkin ramai yang tidak gemar memakan makanan yang pelik, lebih-lebih lagi jikalau makanan tersebut tidak pernah dicuba. Tapi kalau korang betul-betul nak mencabar diri dengan makanan yang pelik, boleh mencuba makanan kegemaran orang kaya di Vietnam ini.
Pelik tapi benar, kaki “ayam naga” menjadi makanan istimewa di Vietnam terutamanya semasa perayaan tahun baru Vietnam, dikenali sebagai Tet. Makanan yang pelik ini sebenarnya menjadi kegemaran golongan berada semasa perayaan tersebut.
Ayam Dong Tao, juga dipanggil Ayam Naga, adalah baka ayam Vietnam yang jarang ditemui dengan kaki yang besar. Ianya dipanggil ayam Dong Tao kerana ianya diternak di daerah Dong Tao di Hanoi.
Makanan Pelik Yang Mahal
Seekor “ayam naga” yang mempunyai berat empat kilogram, mempunyai kaki besar sekurang-kurangnya satu perlima daripada berat badannya. Dengan berat demikian, ayam naga boleh dijual pada harga kira-kira $150.
Namun jika ayam tersebut lebih bessar, ia boleh dijual pada harga 10 kali ganda. Ada juga yang dipertandingkan dalam pertandingan kecantikan.
Ayam ini juga menjadi simbol status dan dianggap sebagai “barangan” mewah.
Ayam ini diternak dengan makanan dari beras dan jagung berkualiti tinggi untuk memberikan rasa daging yang sedap. Disamping itu, ayam ini diternak dalam ruang yang besar dan cukup untuk mereka bergerak. Ini menyumbang kepada perkembangan otot kakinya.
Walaupun makanan ini nampak pelik tapi percaya atau tidak, ayam naga pernah diternak secara eksklusif untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga diraja dan mandarin.
Sumber: yahoo.com