Cinta memang tidak mengenal usia maupun penampilan. Namun jika penampilan pasangan jauh berbeza, mesti akan menjadi tumpuan orang ramai seperti pasangan yang berasal dari china ini.
Penampilan yang kelihatan seakan seperti bapa dan anak, sebenarnya mereka adalah pasangan suami isteri yang berasal dari wilayah Shaanxi, China.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Wang kelihatan jauh lebih muda daripada suaminya. Ada yang beranggapan bahawa Wang baru berusia dalam lingkungan 20-an selepas foto pasangan terbabit tular di media sosial.
Malah, ada juga yang mendakwa si suami berharta sehingga wanita terbabit sanggup mengahwininya.
Wang nampak seperti wanita muda yang cantik, penyayang, langsing dan berkulit cerah. Manakala si suami pula kelihatan kulit sedikit berkedut, beruban dan rambut nipis.
Disebabkan banyak spekulasi yang muncul, Wang kemudiannya tampil memberi penjelasan. Yang mengejutkan, beza usia mereka hanya 8 tahun sahaja. Wang lahir pada tahun 1987 manakala suaminya lahir pada tahun 1979.
Bukan itu sahaja, Wang juga berkata suaminya hanyalah seorang ahli perniagaan biasa. Wang sendiri juga mempunyai kerjaya sendiri.
Dia menjelaskan bahawa suaminya memang kelihatan tua kerana sentiasa bekerja keras. Sebaliknya Wang Tahu menjaga diri dan kecantikannya.
Sumber: Wolipop