Mungkinkah Malaysia akan melaksanakan masa kerja yang lebih fleksibel selepas ini?
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar mengumumkan bahawa akan ada pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengaturan kerja yang fleksibel. Perkara tersebut akan dilaksanakan tidak lama lagi menurut Menteri Sumber Manusia itu.
Beliau berkata pindaan itu juga termasuk dalam beberapa rancangan lain yang sedang dirancang oleh kementeriannya. Beliau berkata, kementeriannya kini sedang mengumpul maklum balas daripada semua agensi yang berkaitan. Ini bagi memahami peranan dan fungsi setiap jabatan dengan lebih baik.
Menteri Sumber Manusia itu dipetik berkata,
“Saya juga akan melihat semua dasar sedia ada dan apa sahaja yang akan saya laksanakan akan dibuat selepas saya mendapat input yang diperlukan. Saya mungkin memerlukan lebih kurang seminggu lagi untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan.
“Saya juga berharap dapat melaksanakan perkara itu dalam masa terdekat”.
Sumber: Bernama