Tular Rakyat Eropah Baru Kenal Bidet Selepas Melawat Malaysia

Hampir seratus peratus tandas di Malaysia mempunyai bidet (atau paip air) untuk mencuci punggung selepas membuang air besar. Masalah besar sekiranya tidak ada air dalam tandas ketika membuang air besar. Tapi lain pula di Eropah.

Tular baru-baru ini d twitter bilamana rakyat eropah yang melawat Qatar sempena Piala Dunia 2022 berlangsung baru tahu menggunakan bidet untuk mencuci punggung selepas membuang air besar.

bidet in europe
Gambar: https://twitter.com/DavidVujanic

Telah menggunakan paip pencuci punggung di tandas Qatar selama sebulan…Saya benar-benar ngeri kami hanya menggunakan kertas tandas di Uk/Eropah. Ini adalah perkara terbaik yang pernah ada.

Namun yang menariknya, seorang wanita mengaku memasang bidet di rumahnya selepas melawat Mesir dan Malaysia.



Gambar: https://twitter.com/young_financier

Selepas melawat Mesir dan Malaysia, saya mempunyai perkara ini sendiri semasa mengubah suai bilik mandi

Netizen terutamanya dari Malaysia nyata teruja dengan pengakuan wanita tersebut.

Gambar: Twitter

 

Gambar: TwitterSememangnya di Malaysia adalah menjadi kebiasaan dimana-mana tandas, air disediakan untuk mencuci punggung selepas membuang air besar. Walaupun sebilangan kecil tidak menggunakan bidet, namun akan menyediakan baldi air dan gayung.

Umum tahu terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat, mereka hanya menggunakan tisu tandas untuk mengelap dan membersihkan selepas membuang air besar. Itu mungkin sudah menjadi kebiasaan di negara mereka, namun lain pula di Malaysia.

Sesiapa yang mempunyai pengalaman di luar negara mungkin boleh berkongsi di ruangan komen!

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *