Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah kepada suaminya iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang kini mengaku selamat bernikah dengan Ira Kazar, harini ini.
Syamsul Yusof hari ini mendedahkan dia telah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, berwalikan bapa isterinya iaitu Kazar Saisi.
Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan.
Syamsul juga menjelaskan bahawa perkahwinan mereka telah didaftarkan di Malaysia.
Daripada pendedahan itu, Puteri Sarah mengucapkan tahniah buat Syamsul Yusof dan Ira Kazar atas perkahwinan mereka. Ucapan itu dibuat melalui satu hantaran di instagram. Bagaimanapun Puteri Sarah mendakwa bahawa suaminya sudah berkahwin sejak beberapa bulan lalu.
Walau bagaimanapun, Syamsul menyatakan bahawa Puteri Sarah Liyana masih lagi isterinya yang sah. Pengarah filem Mat Kilau ini juga mengharapkan isteri pertama dan anak-anaknya kembali ke pangkuannya.