Seorang daripada peserta program hiburan All Together Now Malaysia (ATNMY) musim ke-2 didakwa berkelakuan biadab ketika melakukan persembahan di pentas itu.
Juri Catriona Ross yang bertanya kepada peserta tersebut bahawa dia berminat atau tidak dengan lagu yang dibawakan itu dikatakan dijawab dengan gaya yang biadap dan kurang ajar. Video wanita yang dilihat ‘menjawab’ soalan juri Catriona Ross dengan gaya biadap dan kurang ajar itu kemudiannya tular di media sosial.
@syafinazselamat.fans ‘Attitude kena cantik’ #datuksyafinaz #syafinazselamat #datuksyafinazselamat #toknaz #kapten #ketuajuri #juri #judge #vocalcoach #atnm #atnm2 #atnmy #atnmy2 #alltogethernow #alltogethernowmy #alltogethernowmy2 #alltogethernowmalaysia #alltogethernowmalaysiamusim2 #feartolaktepi
♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS – Datuk Syafinaz FANS
Gara-gara respon daripada perserta itu, Catriona kemudian menasihati peserta itu agar tidak berkelakuan sombong. Pelakon yang lebih mesra disapa sebagai Kak Kek itu juga berharap agar wanita itu lebih mempunyai sifat merendah diri selalu.
View this post on Instagram
Bukan Catriona saja yang menegur respon wanita itu, malah ketua juri Datuk Shafinaz juga terpanggil untuk memberi nasihat.
Kalau anak murid I cakap macam tu dengan I, dah lama dia menangis. Kena berhati hati semasa menjawab, bila orang bertanya soalan. Attitude kena cantik.
Bagaimanapun, di ruangan komen, ramai memberikan respon yang mengatakan kebanyakan golongan muda zaman ini kurang adab dan lebih ‘outspoken’ berbanding golongan sebelum ini.
Budak sekarang acah terpaling savage. Kadang dengan orang lebih tua daripada diorang pun kena maki hamun.