Lepas Ruhainies, Sarah Yasmine Serang Sophia Albarakbah Pula

Sarah Yasmine yang sebelum ini melancarkan perang ke atas Ruhainies terus menghangatkan Gosip Artis Malaysia. Terbaru dia melakukan provokasi pula terhadap pelakon Sophia Albarakbah.

ALIFF AZIZ, YASMINE, SOPHIA ALBARAKBAH

Sarah Yasmine memulakan provokasi tersebut dengan memuat naik rakaman video dimana Sophia sedang memperkatakan tentang golongan wanita tidak perlu bersaing kerana situasi tersebur dianggap toksik.

Bukan itu sahaja, Sarah turut mempertikai komen netizen yang memuji Sophia kerana tidak meneruskan hubungan dengan Aliff sebelum ini.
“Betul ke sedar awal, bukan penyondol dan bermaruah?

“Sekarang mari kita bercakap tentang awak, ‘bidadari’ Sophia Albarakbah.

SOPHIA ALBARAKBAH

“Awak tahu apa yang saya katakan. Hanya awak, Aliff dan saya tahu?” katanya dalam Instagram.

Sarah meneruskan serangan apabila memuat naik ciapan Sophia yang melahirkan rasa syukur semasa Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

“Hari Aliff kene tangkap khalwat, awak memuat naik hantaran macam ini, kemudian beritahu pada wartawan  ‘Aliff yang cari-cari saya tapi saya tak layan’.

“Saya tidak akan melakukan perkara ini kalau bukan sebab awak mahu menambah kebencian pada Aliff dengan kenyataan palsu dan pembohongan serta ingin dilihat seperti malaikat? Memang tidak”.

“Jadi, saya akan memulakan semuanya terlebih dahulu sebelum awak terus melemparkan kebencian kepada Aliff.  Awak juga layak merasai perkara sama. Jadi, betul ke tak layan?” katanya;

Memanaskan lagi keadaan, Sarah turut memuat naik foto memaparkan perbualan antara Sophia dengan Aliff dipercayai menerusi ruangan mesej Instagram pada tarikh 28 Mac lalu.

“Jadi, jangan cuba suruh wartawan buat cerita tentang awak tak layan Aliff, tetapi hakikatnya awak melayan dia hingga 28 Mac.

“Sejujurnya kalau saya tak dengar maklumat itu, saya memang tak akan mahu berbual tentang ‘bidadari’ ini.

“Saya benci Ruhainies sebab dia tipu saya tapi awak pula nak tipu satu dunia dengan cerita tak melayan tapi sampai rancang nak berjumpa. Itu tak layan?” luahnya.

Sarah juga memerli Sophia kerana tidak menghentikan tindakan Aliff yang memanggilnya dengan panggilan sayang dan cinta.

SARAH-YASMINE_ALIF-AZIZ

“Dia panggil awak ‘yang’ dan ‘love’ tapi awak tak mahu hentikan dia pun?

“Awak tetap layankan, betul tak Sophia?” katanya lagi.

Sophia sekitar tahun lalu pernah terpalit dengan kontroversi kononnya menjadi orang ketiga mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

Kontroversi tercetus apabila Bella mendedahkan keintiman Sophia dan Aliff selepas terlibat dalam drama bersiri berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Disebabkan dakwaan tersebut, hampir setahun Sophia dihujani dengan gelaran sebagai penyondol rumah tangga orang.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *