Lelaki “Scam” FoodPanda, Pesan Makanan Percuma Bernilai Lebih RM500,000

Selalu kita dengar servis syarikat penghantaran makanan yang tidak berkualiti. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki ini kepada FoodPanda memang di luar jangkaan, seperti nak balas dendam.

Seorang lelaki di Singapura mngeksploitasi sistem aplikasi penghantaran makanan dengan memesan makanan secara percuma dari syarikat FoodPanda Singapura bernilai lebih RM500,000.

Ronny Lee Jia Jie, Foodpanda, Ronny Lee Jia Jie Scam foodpanda
Gambar: straitstimes

Tertuduh, Ronny Lee Jia Jie, 25 mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dan satu pertuduhan pemalsuan pada  19 Januari.

Bagaimana Ianya Berlaku




Jenayah itu berlaku pada tahun 2020, ketika Ronny Lee menjadi kakitangan pentadbiran di syarikat pembaikan kapal bapanya, Hestia Marine.

Tanpa pengetahuan bapanya, dia mendaftarkan akaun korporat atas nama Hestia Marine dengan platform penghantaran makanan Foodpanda Singapura. Dia juga menyenaraikan dirinya sebagai wakil syarikat dan bertugas sebagai eksekutif di bahagian sumber manusia.

Akaun korporat FoodPanda membenarkan tempoh kredit 30 hari. Itu membuatkan Lee tidak perlu membuat bayaran sebaik penghantaran pesanan selesai. Jumlah keseluruhan semua barang yang dipesan hanya akan dibayar pada akhir setiap bulan.

Antara 20 Januari dan 5 April 2020, Ronny Lee memesan makanan berjumlah lebih RM60,000. Apabila syarikat Delivery Hero, syarikat yang mengendalikan FoodPanda meminta bayaran, dia memberitahu bahawa cek pembayaran belum sedia.

food delivery service
Gambar: theprint

Akaun Korporat Disekat, Pendaftaran Akaun Palsu Yang Kedua

Selepas akaun korporat atas nama Hestia Marine itu disekat pada Julai 2020, Lee mendaftarkan satu lagi akaun korporat atas nama Mediacorp.

Ronny Lee menggunakan akaun atas nama Mediacorp memesan makanan bernilai lebih RM500,000, pelitup muka dan barangan lain antara 14 Ogos dan 3 November 2020.

Makanan yang dibeli adalah untuk kegunaan Ronny Lee sendiri, manakala dia menjual semula pelitup muka di platform e-dagang untuk kmendapatkan untung semasa pandemik covid-19.

Muslihat Ronny Lee Terbongkar

Selepas muslihatnya diketahui, dia dipanggil untuk hadir ke mahkamah pada 5 Disember 2020. Bagaimanapun, Ronny Lee tidak menghadiri perbicaraan mahkamah sebanyak tiga kali dengan memalsukan surat daripada Singapore Media Academy tempat dia menjadi pelajar.

Dia menghantar surat kepada Mahkamah Negeri memohon bahawa dia mempunyai peperiksaan untuk diduduki, dan oleh itu tidak akan dapat menghadiri perbicaraannya.

Muslihatnya terbongkar apabila pegawai mahkamah mendapatkan pengesahan dari Singapore Media Academy bahawa surat-surat itu telah dipalsukan.

Sumber: todayonline

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *