Noor Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sehingga kini mereka belum dikurniakan cahaya mata. Namun semenjak dua menjak ini, tersebar khabar angin bahawa perkahwinan mereka dikatakan sedang goyah.
Menurut laporan Harian Metro, sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu bahawa pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung. Mereka juga dikatakan sedang dalam proses perceraian.
Engku Emran dan Isterinya dikatakan sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu. Dalam akaun media sosial mereka, masing-masing sudah tidak memuat naik gambar atau video sesama sendiri.
Sebelum ini, Nabila juga memadam semua gambar bersama suaminya, termasuk gambar semasa pernikahan mereka.
Ketiadaannya semasa Nabila dan anaknya Jebat Jayden berlepas menunaikan umrah semalam menguatkan lagi dakwaan itu.
Untuk rekod, Engku Emran pernah melalui 2 perkahwinan dengan 2 orang jelitawan. Dia pernah berkahwin dengan Erra Fazira dan juga pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Perkahwinan pertama dengan Erra Fazira dikurniakan dengan seorang anak perempuan Engku Aleesya. Perkahwinannya kedua dengan pula Laudya Cynthia tidak dikurniakan cahaya mata.
Nabila pula pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran sudah melalui 3 perkahwinan dengan 3 jelitawan dari 2 buah negara. Ubipanas pun tak hairan jika dia mencari jelitawan yang ke 4 untuk dikahwini, betul tak?