Industri hiburan di Malaysia memang tidak pernah sunyi dengan kontoversi.
Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman mengakui sedar bahawa anaknya, Kasih Iris Leona sering dilanda kontroversi hingga menjadi perhatian ramai.
Namun dia juga mengakui bahawa kontoversi yang tercetus itu sedikit sebanyak menyebabkan namanya turut mendapat perhatian umum.
Menerusi temu bual di Buletin FM, Azhar Sulaiman mengakui terdapat banyak tawaran yang diterimanya sejak kebelakangan ini.
“Sejak setahun ni saya tak berhenti-henti berlakon. Saya rasa saya kena berterima kasih kepada anak saya, sebab dia punya pasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot.” – Azhar Sulaiman
Bapa kepada Leona ini juga memberitahu kebanyakkan tawaran yang diterima olehnya adalah melalui media sosial dan meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima.
View this post on Instagram
“Media sosial ni saya gunakan untuk stay connected with the industri hiburan supaya orang tahu dimana nak cari saya.
90 peratus job datang melalui media sosial, mereka hantar mesej peribadi di Instagram kerana kebanyakan orang dalam industri ni ramai golongan generasi muda dan mereka tiada nombor telefon saya” – Azhar Sulaiman.
Untuk info, Kasih Iris Leona sering menjadi perhatian di media sosial dan dijadikan bahan kecaman netizen kerana cara pemakaian dan tingkah laku yang keterlaluan di platform TikTok.
Sumber: xtra