Anna Jobling Tolak Tawaran Produksi Indonesia Kerana Enggan Lakon Babak Panas

Aktress popular, Anna Jobling memilih untuk tidak meneruskan penggambaran drama di Indonesia gara-gara enggan melakonkan sebarang adegan panas.

Anna Jobling, atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata dia terpaksa menolak tawaran selepas mengetahui perlu menjayakan babak tidak boleh diterima sebagai orang Malaysia.

Penggambaran drama itu sepatutnya bermula pada bulan ini.

“Drama ini untuk platform Over-The-Top (OTT) di Indonesia, tapi saya terpaksa tolak pada saat akhir sebab ada babak yang tak sesuai, malah saya juga tak selesa untuk melakonkannya.”

“Jadi, mereka pun tak ambil saya untuk teruskan. Saya tak selesa untuk buat babak panas walaupun cerita ini berunsur Islamik.”

“Bagi saya, babak diminta dilakonkan lebih daripada apa yang kita boleh terima sebagai orang Malaysia. Selepas tahu, sudah tentu saya tolak sebab tak selesa,” katanya lagi.




Anna menjelaskan bahawa dia menerima tawaran yang lumayan untuk produksi berkenaan, namun dia tetap dengan pendiriannya.

“Mereka boleh cari pelakon lain yang mahu bawa watak ini. Bagi saya, mungkin ada rezeki lain. Kalau tak dapat buat cerita ini, ada lagi rezeki lain di Malaysia.

“Itu bukan situasi sukar pun sebenarnya, saya fikir hanya bukan rezeki. Mereka sudah ‘lock’ saya awal, tapi ketika itu, skrip sedang disiapkan,” katanya.

Menurut Anna, aspek itu juga menjadi syarat utama sebelum mengambil sebarang tawaran lakonan.

“Kalau jalani penggambaran di sana (Indonesia) memang saya ada tetapkan syarat seperti pakaian dan apa yang tidak boleh dilakukan.

“Mengenai pakaian saya beritahu tak boleh pakai bikini, hanya yang sopan dan tak terlalu nampak ‘daring’.

“Pakaian kebiasaan saya pun tidak begitu, jadi untuk pakai masuk ke set tentulah saya tak selesa. Kalau setuju mereka akan ambil, kalau tak ambil tak mengapalah,” kata Anna.

Sumber: Berita Harian

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *