Kemesraan yang terjalin antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah rakan artis juga senang melihat hubungan mereka.
Sejak pemunculan pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama anak sulungnya, Ayden Adrean ke Parlimen, ramai netizen teruja menantikan momen manis Bella bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Dalam 1 video TikTok, pelakon dan usahawan Betty Rahmad bertanya kepada anak lelaki Bella iaitu Ayden Adrean mengenai Ahli Parlimen Muar itu.
“Kejap-Kejap, nak interview, awak Ayden ye” sambil dijawab dengan anggukan oleh Ayden.
“Mana YB?”
“Ayden Aprove tak YB?”
“YB d rumah, Approved” respon Ayden kepada soalan itu.
Rata-rata komen netizan terhibur dengan jawapan Ayden itu. Ada juga yang berpendapat jawapan itu adalah tepat sekali.
Ada juga berpendapat bahawa Saddiq adalah lelaki yang tepat untuk Bella.
Tak sempat habis soalan lagi Ayden dah approved, samalah macam kami semua!
Budak-budak tak pandai menipu. Terima kasih Ayden approved YB.
Jadi approved tu memang jawapan tepat dan sahih.
Mesti Ayden approved sebab YB buat mummy gembira dan bahagia.
Thank you Betty wakilkan kami. Tunggu apa lagi Bella dan YB, anak pun dah approved tu.
Untuk info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Sumber: Ohbulan