Anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kini berusia 16 Tahun. Apa yang ubipanas perhatikan, tidak dinafikan semakin Marissa meningkat dewasa, semakin cantik!
Dengan penampilan yang sopan santun dan menutup aurat, Marissa Dania semakin mendapat tumpuan. Memandangkan dia juga adalah anak kepada selebriti terkenal Abby Abadi dan juga Norman Hakim, tidak hairanlah dia sentiasa mendapat tumpuan ramai.
Akaun Instagram Marissa Dania sahaja kini sudah mempunyai pengikut seramai 460 ribu. Tak lama lagi akan sampai 1 juta pengikut la tu!
Dengan usia yang semakin meningkat, begitu juga dengan penampilan beliau. Penampilannya juga semakin berubah seiring dengan usianya. Dia sentiasa nampak cantik dan anggun seiras ibunya Abby Abadi.
Marrisa Dania adalah anak ke dua hasil daripada perkahwinan pertama Norman Hakim dengan Abby Abadi. Adik beradiknya adalah Danish Hakim dan Maria Danisha.
Namun di media sosial, ada sahaja yang bermulut jahat dan menggungkap komen negatif terhadap. Namun sudah menjadi lumrah, kalau dah popular, ada sahaja mulut jahat yang memberi komen yang tidak baik.
Sebenarnya, kelahiran Marrisa pada tahun 2005 menjadi bualan ramai kerana dia dilahirkan dalam kereta ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. Namun pada masa itu, Norman Hakim dengan tenang menyambut kelahiran anak keduanya itu.
Kita semua berharap semoga Marisa Dania semakin berjaya dan bertambah jelita!
Mungkinkah dengan popularitinya yang semakin meningkat, dia akan mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk bergiat dalam industri hiburan Malaysia?
Sumber gambar: Instagram Marissa Dania