Bagaimana Nak Jadi Pandai? – 10 Tabiat Manusia Yang Boleh Menyebabkan Kelembapan Otak

Otak merupakan salah 1 organ yang penting dalam badan manusia. Otak berfungsi mengawal segala aktiviti dalam badan seseorang, mengawal keupayaan seseorang mencari penyelasaian masalah dan menghasilkan idea-idea baru.

Mungkin kadang-kadang kita tak sedar kita sukar berfikir dan menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea baru. Mungkin juga kita terfikir ” Kenapa diorang pintar, kenapa aku lembab?”

Otak, Brain

“Bagaimana aku nak jadi pandai macam diorang?”

Sebenarnya ianya bergantung kepada otak kita, sejauh mana otak kita cekap dan terlatih.

Sedar atau tidak, terdapat banyak tabiat kita yang kita fikir adalah perkara biasa sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ini adalah senarai 10 tabiat manusia yang boleh menyebabkan kelembapan otak;

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Ramai dari kita sebenarnya tidak sedar tentang kepentingan sarapan pagi. Sebab itu, ramai yang tidak mengambil sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti harian.

Sarapan pagi sebenarnya sangat penting sebagai sumber tenaga untuk memulakan hari anda. Tanpa sarapan pagi, seseorang akan mengalami kadar kandungan gula yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan nutrien ke otak, sekaligus menyebabkan kemerosotan kecekapan otak.

2. Makan Yang Berlebihan

Ramai orang suka makan berlebihan lebih-lebih lagi bila tertekan. Tapi tahukah anda sebenarnya tindakan ini boleh menyebabkan kemerosotan kecekapan otak?

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kalori yang tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan peluang seseorang itu mengalami simptom hilang ingatan.

Terdapat juga kerosakan lain iaitu mild cognitive impairment (MCI) iaitu kerosakan yang akan mengakibatkan demensia yang mungkin berlaku dalam jangka masa panjang.

Rokok, Merokok, Smoking

3. Merokok

Tabiat Merokok kelihatan semakin diterima masyarakat dan menjadi tabiat biasa. Tapi ramai tidak menyedari sebenarnya tabiat merokok ini sangat bahaya. Merokok sebenarnya membahayakan kesihataan si perokok dan orang sekeliling anda.

Kajian menunjukkan bahawa merokok dikaitkan dengan pengurangan aliran darah dan oksigen ke otak—dua elemen penting untuk kesihatan otak yang optimum.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer’s Disease mendapati bahawa perokok mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kognitif sederhana.

4. Pengambilan Gula Yang Berlebihan

Makanan manis memang sedap tapi ada harga yang perlu dibayar. Pengambilan gula yang banyak menyebabkan proses penyerapan protein oleh badan terganggu. Ini seterusnya menghalang pertumbuhan otak dan juga mengurangkan bekalan nutrien ke otak.

5. Pencemaran Udara

Otak memerlukan jumlah oxygen yang banyak untuk berfungsi. Pengambilan udara tercemar menyebabkan otak mengalami kekurangan bekalan oxygen. Ini akan menyebabkan kecekapan fungsi otak semakin menurun.

Sleeping, Sleep, Tidur

6. Tidur Yang Tidak Mencukupi

Tidak dinafikan tidur sangat penting oleh seseorang individu. Tidur memberi rehat kepada otak seorang manusia.

Seseorang yang kurang tidur akan menjejaskan hippocampus, iaitu bahagian kecil otak yang memainkan peranan penting dalam mengingati maklumat baharu dan menghubungkan emosi ke dalam kenangan.

Kekurangan tidur yang berpanjangan boleh menyebabkan kecekapan sel otak berkurangan.

7. Membiarkan Kepala Dilitupi Semasa Tidur

Tidur dengan kepala yang dilitupi boleh menyebabkan kepekatan gas Karbon Dioksida meningkat dan mengurangkan kepekatan oksigen. Ini boleh memberi kesan kepada otak dan merosakkannya.

8. Bekerja Dalam Keadaan Sakit

Bekerja atau belajar atau melakukan aktiviti yang melibatkan otak dalam keadaan sakit boleh mengurangkan kecekapan otak dan juga mencederakan otak anda.

9. Kurang Aktiviti Yang Melatih Otak

Salah satu cara untuk otak lebih efisien ialah melatih mereka dengan aktivity yang melibatkan penggunaan otak seperti bermain catur dan macam-macam aktiviti.

Kurangnya aktiviti seperti ini menyebabkan kurangnya latihan terhadap otak yang menyebabkan otak menjadi lembab.

10. Kurang Bercakap

Perbualan yang bersifat intelektual juga boleh meningkatkan kecekapan otak.

Sesetengah orang yang mempunyai personaliti tertentu juga mungkin lebih suka menyendiri sambil melakukan aktiviti kegemaran mereka.

Namun, jika terlalu kerap bersendirian tanpa interaksi sosial, dikhuatiri akan mengganggu fungsi otak dan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer.

 

Jadi, untuk menjaga kesihatan otak dan meningkatkan keupayaan otak, sila elakkan perkara-perkara diatas supaya otak berada dalam prestasi maximum.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *