>Siri Kegemaran Ramai Merlin Musim Ke 4 Menemui Peminat Malaysia
>
Rasanya ini adalah berita baik untuk semua peminat Siri fantasy Merlin, dimana musim ke 4 siri Merlin akan menemui peminat di Malaysia pada 16 Disember ini. Stesen Televisyen TV3 bakal menyiarkan Episod musim baru Merlin 16 Disember ini pada pukul 10 malam dalam slot Mega Movie.
Siri ini pula akan ke ditayangkan di TV3 setiap minggu, setiap ahad pada pukul 10 malam bermula 18 Disember ini.
Siri Merlin musim ke 4 ini akan ditayangkan dalam 13 episode dengan Tema The Darkest Hour Is Just Before The Dawn. Musim ke 4 ini dikatakan lebih matang dan ganas dari 3 musim sebelum ini.
Populariti siri ini yang semakin meningkat menyebabkan, Musim ke 5 siri Merlin bakal dilancarkan.
Sedikit Sinopsis Musim ke 4;
Selepas kematian Uther, Athur menggantikan tempat Uther menjadi Raja Camelot. Keselamatan Camelot terletak dalam tangan Athur dan Merlin untuk menjada Camelot dari ancaman musuh. Morgana pula sentiasa cuba untuk membalas dendam terhadap Camelot.
Sementara itu, Agravaine, pakcik kepada Arthur iaitu abang kepada ibu Arthur, Ygraine kembali untuk membantu Arthur, tetapi adakah dia benar-benar boleh dipercayai kerana kelahiran Arthur adalah penyebab kepada kematian Adik perempuannya yang disayangi.
Tunggu dan saksikan Merlin Musim ke 4 di kaca tv anda tidak lama lagi!

